https://
SATAIMA
Friday, 28 May 2021
Sunday, 29 November 2020
PENGENALAN INOVASI SOSIAL
Inovasi adalah penting dalam meningkatkan daya saing negara dan menyumbang kepada pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Pembangunan inovasi yang hanya menumpukan pada perspektif ekonomi mendorong kepada ketidakseimbangan pembangunan apabila wujud jurang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat. Kemunculan inovasi sosial merupakan pelengkap kepada inovasi perusahaan yang hanya fokus kepada keuntungan. Aspek inovasi sosial mula ditekankan dalam pembangunan di Malaysia agar masalah serta keperluan sosial masyarakat dipenuhi. Secara umumnya, pembangunan inovasi sosial melibatkan aktor dan struktur.Pada awal kemunculan, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Kebanyakan kajian dijalankan bertujuan untuk memahami keperluan, proses dan kesan inovasi teknologi dalam pembangunan pengetahuan dan kajian inovasi yang menyumbang kepada pembangunan bandar . Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi . Jurang antara Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Indeks Kebajikan Ekonomi Mampan dikenali sebagai Indikator Kemajuan Tulen di kebanyakan negara menunjukkan pembangunan ekonomi dan sosial adalah tidak stabil .
(Disediakan oleh Bah DiJao A/L Yok Basri 30DEN20F1008)
DEFINISI INOVASI SOSIAL
Inovasi sosial merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong dengan matlamat memenuhi keperluan sosial dan kebanyakannya tersebar melalui organisasi yang tujuan utamanya adalah sosial. Sementara itu,, Unceta mendefinisikan ia sebagai produk baru, proses dan kaedah yang dibangunkan secara kreatif dan lestari, menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada satu atau beberapa permintaan sosial. Manakala Howaldt menyatakan konsep inovasi sosial melibatkan hubungan teknologi dan inovasi perniagaan bertujuan memenuhi tuntutan sosial, memenuhi cabaran masyarakat dan perubahan sistematik yang ditangani oleh pelaku, rangkaian dan urus tadbir (termasuk peranan usahawan sosial, rangkaian, penglibatan pengguna) perubahan sosial dan pembangunan melalui proses dinamik. Definisi ini menunjukkan perbincangan inovasi sosial sering dikaitkan dengan elemen ekonomi dengan mengetengahkan keusahawanan sosial. Usahawan sosial merupakan sebahagian daripada inovasi sosial. Keusahawanan dalam kajian inovasi merupakan pengukuran kepada limpahan pengetahuan yang memberi impak kepada masyarakat seperti yang dibincangkan dalam teori limpahan pengetahuan keusahawanan . Konsep inovasi lebih menyeluruh melalui definisi Hochgerner , iaitu amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai dan digunakan oleh individu.
(Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar 30DEN20F1001)
KEPENTINGAN INOVASI SOCIAL BERKENAAN PERPADUAN
Kaedah sosial yang betul dapat memberikan inputpositif kepada perpaduan dan jika sebaliknya dapat memberikan kesan negatif kepada perpaduan Malaysia .Oleh itu,antara inovasi sosial yang perlu dititikberatkan adalah mengelakkan daripada berlaku rasict dalam kelompok sosial seperti berhubung erat dengan kaum lain.Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.Selaian itu,keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.
(Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar 30DEN20F1001)
PENGUKURAN INOVASI SOSIAL
Pembangunan memerlukan pengukuran untuk mengetahui tahap dan keupayaan sesuatu perkara. Justeru, bagi membentuk sistem pengukuran inovasi sosial terdapat empat cabaran yang perlu diselesaikan. Pertama, perlu membuktikan inovasi sosial efektif dan secara mapan terhadap tindak balas kepada keperluan masyarakat, terutamanya apabila masalah sosial wujud, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk daya saing dari segi ekonomi dan masyarakat. Kedua, menggambarkan peruntukan wang awam serta menarik sumber pembiayaan awam dan swasta. Hal ini memerlukan pemahaman bersama mengenai apa yang 'inovasi sosial dan kesan sosial yang boleh diukur'. Ketiga, dasar berasaskan bukti memerlukan bukti mengenai impak yang diharapkan dari tindakan yang terlibat. Akhirnya, inovasi sosial dapat membuka jalan untuk membangunkan kelebihan daya saing baru untuk ekonomi. Cabaran ini menunjukkan bahawa penciptaan nilai sosial dan lingkungan adalah pusat kepada kemapanan manusia dan ekologi masyarakat. Pengukuran inovasi sosial dinilai melalui pendekatan peringkat individu, organisasi dan wilayah/negara . Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa kelemahan dalam pengukuran inovasi sosial, khususnya secara empirikal. Pendekatan individu ditekankan dalam konteks keusahawanan sosial dan pereka sosial dalam menangani masalah sosial yang dihadapi.
(Disediakan oleh Muhamad Fahim Syafiq Bin Muhamad Khairol Fauzi 30DEN20F1017)
KESIMPULAN INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN
komunikasi penyiaran islam
https://
-
Inovasi sosial merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong dengan matlamat memenuhi keperluan sosial dan kebanyakannya ...
-
Kesimpulannya,walaupun isu pembangunan sosial pada umumnya telah lama diperdebatkan, tetapi dari segi konsep inovasi ia masih baru, terutama...
-
Sukan -sukan seperti seoak raga ,kabadi,yo-yo cina dapat mengeratkan perpaduan di malaysia .Contohnya,sepak raga boleh dimain oleh orang ci...