Sunday, 29 November 2020

PENGUKURAN INOVASI SOSIAL

Pembangunan memerlukan pengukuran untuk mengetahui tahap dan keupayaan sesuatu perkara. Justeru, bagi membentuk sistem pengukuran inovasi sosial terdapat empat cabaran yang perlu diselesaikan. Pertama, perlu membuktikan inovasi sosial efektif dan secara mapan terhadap tindak balas kepada keperluan masyarakat, terutamanya apabila masalah sosial wujud, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk daya saing dari segi ekonomi dan masyarakat. Kedua, menggambarkan peruntukan wang awam serta menarik sumber pembiayaan awam dan swasta. Hal ini memerlukan pemahaman bersama mengenai apa yang 'inovasi sosial dan kesan sosial yang boleh diukur'. Ketiga, dasar berasaskan bukti memerlukan bukti mengenai impak yang diharapkan dari tindakan yang terlibat. Akhirnya, inovasi sosial dapat membuka jalan untuk membangunkan kelebihan daya saing baru untuk ekonomi. Cabaran ini menunjukkan bahawa penciptaan nilai sosial dan lingkungan adalah pusat kepada kemapanan manusia dan ekologi masyarakat. Pengukuran inovasi sosial dinilai melalui pendekatan peringkat individu, organisasi dan wilayah/negara . Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa kelemahan dalam pengukuran inovasi sosial, khususnya secara empirikal. Pendekatan individu ditekankan dalam konteks keusahawanan sosial dan pereka sosial dalam menangani masalah sosial yang dihadapi.

(Disediakan oleh Muhamad Fahim Syafiq Bin Muhamad Khairol Fauzi 30DEN20F1017)




No comments:

Post a Comment

komunikasi penyiaran islam

  https://