Sunday, 29 November 2020

PENGENALAN INOVASI SOSIAL

Inovasi adalah penting dalam meningkatkan daya saing negara dan menyumbang kepada pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Pembangunan inovasi yang hanya menumpukan pada perspektif ekonomi mendorong kepada ketidakseimbangan pembangunan apabila wujud jurang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat. Kemunculan inovasi sosial merupakan pelengkap kepada inovasi perusahaan yang hanya fokus kepada keuntungan. Aspek inovasi sosial mula ditekankan dalam pembangunan di Malaysia agar masalah serta keperluan sosial masyarakat dipenuhi. Secara umumnya, pembangunan inovasi sosial melibatkan aktor dan struktur.Pada awal kemunculan, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Kebanyakan kajian dijalankan bertujuan untuk memahami keperluan, proses dan kesan inovasi teknologi dalam pembangunan pengetahuan dan kajian inovasi yang menyumbang kepada pembangunan bandar . Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi . Jurang antara Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Indeks Kebajikan Ekonomi Mampan dikenali sebagai Indikator Kemajuan Tulen  di kebanyakan negara menunjukkan pembangunan ekonomi dan sosial adalah tidak stabil .

(Disediakan oleh Bah DiJao A/L Yok Basri 30DEN20F1008)



DEFINISI INOVASI SOSIAL

 Inovasi sosial merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong dengan matlamat memenuhi keperluan sosial dan kebanyakannya tersebar melalui organisasi yang tujuan utamanya adalah sosial. Sementara itu,, Unceta mendefinisikan ia sebagai produk baru, proses dan kaedah yang dibangunkan secara kreatif dan lestari, menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada satu atau beberapa permintaan sosial. Manakala Howaldt menyatakan konsep inovasi sosial melibatkan hubungan teknologi dan inovasi perniagaan bertujuan memenuhi tuntutan sosial, memenuhi cabaran masyarakat dan perubahan sistematik yang ditangani oleh pelaku, rangkaian dan urus tadbir (termasuk peranan usahawan sosial, rangkaian, penglibatan pengguna) perubahan sosial dan pembangunan melalui proses dinamik. Definisi ini menunjukkan perbincangan inovasi sosial sering dikaitkan dengan elemen ekonomi dengan mengetengahkan keusahawanan sosial. Usahawan sosial merupakan sebahagian daripada inovasi sosial. Keusahawanan dalam kajian inovasi merupakan pengukuran kepada limpahan pengetahuan yang memberi impak kepada masyarakat seperti yang dibincangkan dalam teori limpahan pengetahuan keusahawanan .  Konsep inovasi lebih menyeluruh melalui definisi Hochgerner , iaitu amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai dan digunakan oleh individu.

(Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar 30DEN20F1001)



KEPENTINGAN INOVASI SOCIAL BERKENAAN PERPADUAN

Kaedah sosial yang betul dapat memberikan inputpositif kepada perpaduan dan jika sebaliknya dapat memberikan kesan negatif kepada perpaduan Malaysia .Oleh itu,antara inovasi sosial yang perlu dititikberatkan adalah mengelakkan daripada berlaku rasict dalam kelompok sosial seperti berhubung erat dengan kaum lain.Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.Selaian itu,keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

(Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar 30DEN20F1001)



PENGUKURAN INOVASI SOSIAL

Pembangunan memerlukan pengukuran untuk mengetahui tahap dan keupayaan sesuatu perkara. Justeru, bagi membentuk sistem pengukuran inovasi sosial terdapat empat cabaran yang perlu diselesaikan. Pertama, perlu membuktikan inovasi sosial efektif dan secara mapan terhadap tindak balas kepada keperluan masyarakat, terutamanya apabila masalah sosial wujud, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk daya saing dari segi ekonomi dan masyarakat. Kedua, menggambarkan peruntukan wang awam serta menarik sumber pembiayaan awam dan swasta. Hal ini memerlukan pemahaman bersama mengenai apa yang 'inovasi sosial dan kesan sosial yang boleh diukur'. Ketiga, dasar berasaskan bukti memerlukan bukti mengenai impak yang diharapkan dari tindakan yang terlibat. Akhirnya, inovasi sosial dapat membuka jalan untuk membangunkan kelebihan daya saing baru untuk ekonomi. Cabaran ini menunjukkan bahawa penciptaan nilai sosial dan lingkungan adalah pusat kepada kemapanan manusia dan ekologi masyarakat. Pengukuran inovasi sosial dinilai melalui pendekatan peringkat individu, organisasi dan wilayah/negara . Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa kelemahan dalam pengukuran inovasi sosial, khususnya secara empirikal. Pendekatan individu ditekankan dalam konteks keusahawanan sosial dan pereka sosial dalam menangani masalah sosial yang dihadapi.

(Disediakan oleh Muhamad Fahim Syafiq Bin Muhamad Khairol Fauzi 30DEN20F1017)




KESIMPULAN INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN

Kesimpulannya,walaupun isu pembangunan sosial pada umumnya telah lama diperdebatkan, tetapi dari segi konsep inovasi ia masih baru, terutama di negara-negara membangun. Oleh itu, tumpuan terhadap pengembangan inovasi sosial diperlukan untuk menghasilkan keseimbangan pembangunan agar seluruh masyarakat mendapat keuntungan.Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita

(Disediakan oleh Bah DiJao A/L Yok Basri 30DEN20F1008)


LAGU KEBANGSAAN

 


(Disediakan oleh Bahdijao A/L Yok Basri 30DEN20F1008)

PENGENALAN SUKAN DAN PERPADUAN

 Sukan bermaksud aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan pertandingan ,keseronokan ,pembangunan perpaduan pula penyatuan darhah serta jenis pentatuan sebuah masyarakat . Semangat kesukanan turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, semanagat kesukanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu


(DISEDIAKAN OLEH BAHDIJOA A/L YOK BASRI)



PERANAN SUKAN DAN PERPADUAN

Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

(DIsediakan oleh Muhamad Fahim Syafiq Bin Muhamad Khairol Fauzi 30DEN20F1017)



SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN ANTARA KAUM

  Malaysia terdiri daripada berbagaikaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluanuntuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satusama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapatmengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti,diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaranaktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuahnegara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negaramenitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.Sukan jelasnya, terbukti mampu memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air kerana aktiviti itu sering dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.Semangat perpaduan penting kerana ia menjadi kekuatan kepada negara seperti kata pepatah ‘Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini.

(Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar 30DEN20F1001)



JENIS SUKAN DAN PERPADUAN

 Sukan -sukan seperti seoak raga ,kabadi,yo-yo cina dapat mengeratkan perpaduan di malaysia .Contohnya,sepak raga boleh dimain oleh orang cina,kabadi dimainkan oleh orang melayu dan yoyo cina boleh diamainkan  oleh orang india.Oleh itu ,sebuah kaum bermain sukan atau permainan kaum lain dapat mengeratkan silaturrahum dan perpaduan antara kaum dan secara tidak langsung membina semagat setia kawan antara kaum kerana dizaman modern ini sukan ini kian pupus di telan zaman. Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu untuk membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurikulum. Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia / MSSM dan  temasya Sukan Malaysia / SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal .kemudian, SUKMA mula-mula setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri .Aktiviti sukan boleh memupuk perpaduan dalam kalangan pemain, penonton dan penggiat sukan.

(DISEDIAKAN OLEH MUHAMAD FAHIM SYAFIQ BIN MUHAMAD KHAIROL FAUZI 30DEN20F1017)



KESIMPULAN SUKAN DAN PERPADUAN

Semangat kesukanan turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, semangat kesukana tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan semangat kesukanan.

         Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”  kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur..

(DISEDIAKAN OLEH BAH DIJOA A/L YOK BASRI)

Sunday, 15 November 2020

BENDERA MALAYSIA

 https://www.powtoon.com/s/gdE3h9QvK2Z/1/m

Disediakan oleh Muhammad Amir Syah Bin Mohd Anuar(30DEN20F1001)

Wednesday, 4 November 2020

BUNGA RAYA



 https://biteable.com/watch/robot-character-explainer-copy-copy-2736885

Disediakan oleh Muhamad Fahim Syafiq Bin Muhamad Khairol Fauzi(30DEN20F1017)

komunikasi penyiaran islam

  https://